8. PELAN PEMASARAN DAN BONUS


foto Pelan Pemasaran / Marketing Plan 4Life

PELAN PEMASARAN / MARKETING PLAN 4LIFE

Pelan pemasaran 4LIFE adalah amat mudah dan sangat senang untuk difahami.

Konsep di 4LIFE adalah hampir sama dengan konsep Bonuslink atau Kad Mesra Petronas dimana anda boleh mendapat mata (point) diatas setiap pembelian anda. Jikalau di Bonuslink, mata yang diperolehi boleh ditebus (redeem) dengan barangan lain apabila ia mencapai sesuatu tahap.

Tetapi di 4LIFE, nilai mata (LP) yang diperolehi boleh ditukarkan kepada wang (bonus) apabila anda dan kumpulan anda membeli barangan 4Life.

Setiap 1 mata (LP) di 4LIFE bernilai RM3.7750 setiap satu. 1LP=(RM3.7750)

Anda akan menerima pendapatan (bonus) dari 4Life berdasarkan peratusan (%) dari beberapa kategori bonus yang diberikan oleh 4LIFE.



foto Pelan Pemasaran 4Life


Jangan risau. Ianya amat mudah sekali.

Rapid Reward (25%)


foto Rapid Reward (25%)

(Apabila anda bawa ahli baru ke 4LIFE)

Apabila anda membawa ahli baru ke 4LIFE, anda akan mendapat 25% daripada mata (LP) pembelian pertama ahli baru tersebut.

Contoh : Katakan ahli baru anda membeli Pakej Diamond (400LP) untuk pembelian pertama beliau.

Kiraan : 400LP x 25% (Rapid Reward) = 100LP
100LP x RM3.7750 = RM 377.50




Power Pool (1% - 3%)


foto Power Pool (1% - 3%)

(Apabila anda bawa 3 ahli baru atau lebih ke 4LIFE)

Jikalau anda dapat membawa 3 ahli baru (atau lebih) dalam masa sebulan - anda layak menerima bonus POWER POOL, tidak kira apa pangkat anda di 4LIFE.

Syarat-syarat power pool adalah seperti berikut ;

1) Anda mendaftar 3 ahli baru dalam sebulan dan masing-masing mempunyai pembelian pertama 100LP (atau lebih).
2) Pada bulan ke-2, ketiga-tiga ahli baru tersebut perlu membeli sekurang-kurangnya 100LP (atau lebih).
3) Pada bulan ke-3, anda akan mendapat bonus POWER POOL pada 15hb.

BONUS POWER POOL adalah 1% - 3% keuntungan syarikat (global) pada bulan itu yang akan dibahagikan kepada pelayak-pelayak 'power pool'. Lebih ramai ahli baru yang anda daftar, maka lebih besarlah bahagian keuntungan 'power pool' anda, seolah-olah anda adalah pemegang saham syarikat.



Generation Bonus


foto Generation Bonus

(Bonus bulanan dari LP anda dan kumpulan anda)
Setiap bulan, anda dan ahli dibawah anda pasti akan membeli produk 4LIFE kerana produk 4LIFE boleh kehabisan apabila dimakan tiap-tiap hari. Oleh itu, apabila pembelian dibuat setiap bulan - sudah pasti anda akan menerima 'bonus generasi' ini setiap bulan. Ianya sama seperti anda terima gaji setiap bulan cuma jumlahnya semakin meningkat.

Peratus (%) di bonus generasi adalah seperti berikut;


Level 1 = 2%
Level 2 = 25%
Level 3 = 5%
Level 4 = 12%
Level 5 = 3%
Level 6 = 3%
Level 7 = 2%
Level 8 = 2%
Level 9 = 2%
Level 10 = 2%


Katakan, anda mempunyai 5 ahli di level 1 dan masing-masing membeli produk 100LP pada suatu bulan, maka kiraan bonus generasi pada level 1 ialah
[(5 orang x 100LP) x 2%]. Senang bukan?

Dan seterusnya katakan anda mempunyai 10 ahli di level 2 dan masing-masing membeli produk 100LP. Maka kiraan bonus generasi pada level 2 ialah
[(10 orang x 100LP) x 25%] = 250LP = (RM 943.75)

Semua bonus-bonus diatas akan dimasukkan terus ke akaun bank anda, SETIAP BULAN! Tidak ada e-wallet, dana kereta atau dana rumah. SEMUANYA DIBAYAR TUNAI TERUS KE AKAUN BANK ANDA!


Tapi bukan itu sahaja... ada lagi!



Personal Rebate (25%)


foto Personal Rebate (25%)

(Apabila anda membeli lebih daripada 100LP/sebulan)

Apabila anda membeli produk 4LIFE melebihi 100LP, anda akan menerima PERSONAL REBATE 25% daripada LP yang melebihi 100LP.

Contoh, jika anda membeli 500LP pada bulan tersebut, anda akan menerima 25% (Personal Rebate) dari lebihan 100LP iaitu 400LP.

400LP x 25% = 100LP = (RM 377.50)


Di 4LIFE, kami memastikan setiap usaha anda diberi ganjaran dan tidak disia-siakan. Anda akan menikmati faedah yang berganda berbanding usaha yang anda curahkan. Langkah yang perlu dilakukan adalah hanya membawa dan mengajak orang ramai menjadi pengguna di 4LIFE. Itu sahaja! Mudah bukan?

Dengan bantuan 'Winners Success System (WSS) kit' dari kumpulan Winners4Life dan bantuan laman web dari  healthy4yourlife.blogspot.com - semuanya akan menjadi mudah dan anda pasti akan berjaya!
 


KONSEP 100LP 4Life

foto Konsep 100LP 4Life



Untuk pengetahuan semua, 4LIFE tidak berikan 'peluang perniagaan' atau 'peluang pengedaran' kepada agen-agen, para pemborong atau kedai-kedai, tetapi sebaliknya 4LIFE berikan peluang perniagaan ini kepada kita - para pengguna nya sendiri.

Selain menerima kesihatan melalui sistem imun kerana produk 4LIFE, kita juga diberi peluang untuk berniaga dan mengedar produk yang hebat ini kepada orang ramai.

Walaubagaimanapun, untuk mendapat peluang perniagaan yang hebat ini, kita perlu laksanakan 1 syarat yang telah ditetapkan oleh 4LIFE. Syaratnya amat mudah sekali, iaitu kita hanya perlu menjadi regular customer (pengguna tetap) yang membeli produk 4LIFE sekurang-kurangnya 100LP setiap bulan. Itu sahaja. Mudah bukan?

Penggunaan 100LP setiap bulan adalah WAJIB bagi 4LIFE untuk melayakkan kita menerima bonus dan faedah-faedah daripada syarikat. Kita harus faham bahawa bonus datangnya daripada jualan syarikat, dan jualan syarikat adalah hasil daripada pembelian produk oleh pengguna-pengguna.

Terdapat pelbagai produk 4LIFE Transfer Factor yang sesuai untuk semua lapisan umur. Oleh itu, penggunaan 100LP adalah amat mudah untuk dilakukan dimana kita hanya perlu membeli 2 atau 3 botol Transfer Factor untuk kegunaan sendiri dan kegunaan ahli-ahli keluarga.

Berikut adalah contoh senarai produk-produk yang boleh membawa kepada penggunaan 100LP dan seterusnya layak menerima bonus di 4LIFE.


No Produk LP RM
1 Transfer Factor Plus x (2 Botol)
50LP x 2
(RM233 x 2 botol) = RM 466.00
 
JUMLAH
100LP
RM 466.00
 
No Produk LP RM
1 Transfer Factor Advanced x (3 Botol)
35LP x 3
(RM170 x 3 botol) = RM 510.00
 
JUMLAH
105LP
RM 510.00
 
No Produk LP RM
1 Transfer Factor Advanced x (2 Botol)
35LP x 2
(RM170 x 2 botol) = RM 340.00
2 Transfer Factor Plus 50LP x 1 RM 233.00
 
JUMLAH
120LP
RM 573.00
 
No Produk LP RM
1 Transfer Factor Plus
50LP
RM 233.00
2 Transfer Factor Advanced 35LP RM 170.00
3 Transfer Factor CV 23 LP RM 113.00
 
JUMLAH
108LP
RM 516.00



KONSEP 1 LANGKAH 54k 4Life

LANGKAH : Bawa 1 orang sahaja (ahli baru) dalam seminggu.

Dalam program '1 langkah RM54k' ini, dianggapkan anda membawa 1 orang sahaja (ahli baru) dalam seminggu dan melaksanakan 'konsep 100LP' setiap bulan. Bonus sebanyak RM54,541.20 akan diperolehi dalam masa 6 bulan jika anda dan setiap downline melakukan perkara yang sama.

Kiraan ahli dalam 6 bulan
Level 1 : 4 kenalan sebulan x 6 bulan = 24 orang
Level 2 : 24 orang x 4 kenalan sebulan x 6 bulan = 576 orang

Kiraan Generation Bonus dalam 6 bulan
Level 1 : 24 orang x 100LP x 2% (Bonus GB Level 1) = 48LP (RM181.20)
Level 2 : 576 orang x 100LP x 25% (Bonus GB Level 2) = 14,400LP (RM 54,360.00)
Level 3 : ......
Level 4 : ......

JUMLAH GENERATION BONUS ANDA PADA BULAN KE 6 = RM 54,541.20


Kiraan diatas baru dikira sehingga level 2 sahaja, belum lagi termasuk level 3, 4 dan seterusnya.

Begitu juga dengan Rapid Reward, Power Pool, Preferred Customer dan Personal Rebate yang masih belum dicampur bersama jumlah diatas. Bolehkah anda bayangkan betapa besarnya potensi keuntungan anda di 4LIFE?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bagaimana pula kalau bawa 1 orang sahaja (ahli baru) dalam sebulan?

Kiraan kenalan dalam 12 bulan
Level 1 : 1 kenalan sebulan x 12 bulan = 12 orang
Level 2 : 12 orang x 1 kenalan sebulan x 12 bulan = 144 orang

Kiraan Generation Bonus dalam 12 bulan
Level 1 : 12 orang x 100LP x 2% (Bonus GB Level 1) = 24LP (RM90.60)
Level 2 : 144 orang x 100LP x 25% (Bonus GB Level 2) = 3,600LP (RM 13,590.00)
Level 3 : ......
Level 4 : ......

ANDA AKAN PEROLEH PADA BULAN KE 12 = RM 13,680.60



Bagaimana? Matematik tidak boleh tipu! 2x5 tetap jawapannya 10. 4+4 tetap jawapannya 8. Ianya tidak boleh tipu dan ianya tidak mustahil kerana setiap ahli 4LIFE sememangnya pengguna tetap dan akan melaksanakan 'konsep 100LP' setiap bulan.

Pilihan di tangan anda!! Rebutlah peluang keemasan ini, kalau saya dan orang lain boleh lakukan, mengapa pula anda tidak boleh?? Tepuk Dada, Tanya Selera..
Cuba anda fikirkan....