FAHAMI & NILAI . MATLAMAT . BERTINDAK!

1. PENGENALAN RINGKAS


 
Transfer FactorTM
Cara Semulajadi Untuk Memperkasakan Sistem Imun
Bagi Melawan Serangan Penyakit

Transfer Factor mewakili paradigma baru dalam pemakanan dan penjagaan kesihatan. Ia merupakan bahan asli yang paling menakjubkan dan memberansangkan di antara bahan asli terkenal. Selepas 50 tahun penyelidikan dan lebih 3,000 kajian saintifik, akhirnya Transfer Factor kini boleh diperolehi oleh orang ramai termasuk di Malaysia. Beratus-ratus saintis dan profesional perubatan terkenal dan dihormati di peringkat antarabangsa mengesahkan keberkesanan dan keselamatan Transfer Factor.
Transfer Factor bukan vitamin, mineral, herba, hormon atau dadah (ubat). Transfer Factor tidak mengandungi benda-benda asing, toksin atau membahayakan. Ia adalah protein kecil yang "memindahkan" keupayaan untuk membina imuniti dari penderma yang mempunyai imuniti kepada penerima yang tidak mempunyai imuniti. Beginilah cara bayi yang baru dilahirkan memperolehi imuniti mereka. Ketika baru dilahirkan, sistem imun bayi masih muda dan kurang berpengalaman. Dalam persekitaran yang baru, sistem imun bayi tidak akan mampu melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi maut. Tindakan perlu diambil untuk mendidik sistem imun bayi agar dapat  mengenali organisma mikro yang datang menyerang dan mengambil tindakan sewajarnya. Tuhan yang Maha Pencipta telah menetapkan prosedur yang diperlukan dan Transfer Factor adalah kunci dalam proses tersebut.
Proses bermula dengan bayi diberi susu pertama ibu yang dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum bukan hanya mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor. Transfer Factor dari sistem imun yang telah matang dan berpengalaman milik si ibu akan memindahkan keupayaan membina imuniti kepada sistem imun si anak. Transfer Factor juga memindahkan maklumat mengenai organisma mikro yang boleh mendatangkan penyakit dari sistem imun si ibu (penderma) kepada sistem imun si anak (penerima). Ini adalah proses semulajadi (ciptaan Allah) yang amat menakjubkan, ia membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan cerdik lantas mampu mempertahankan diri dari serangan berjuta-juta organisma mikro. Susu formula tidak mengandungi Transfer Factor, oleh itu bayi yang diberikan susu formula selalunya mudah terkena alergi dan mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik. Oleh yang demikian, ibu-ibu adalah digalakkan untuk menyusukan bayi mereka dengan susu mereka sendiri. Susu yang pertama keluar, yang seperti krim, mengandungi Transfer Factor yang paling banyak.
Namun begitu sistem imun menjadi semakin kurang efektif apabila usia kita semakin meningkat dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai kajian saintifik telah mengesahkan perkara ini. Antara penyebab utama adalah kekurangan nutrien, tabiat makan yang buruk, pencemaran udara dan air, tekanan dll. 
Keberkesanan sistem imun perlu ditingkatkan dan maklumat mengenai organisma mikro baru perlu dibekalkan kepadanya jika kita ingin kekal sihat. Transfer Factor TM  keluaran 4Life ResearchTM, yang diekstrak dari kolostrum lembu, mampu bertindak sebagai modulator kepada sistem imun manusia dan lain-lain spesis seperti binatang peliharaan. 4Life ResearchTM telah mempatenkan teknologi untuk mengenali Transfer Factor dalam kolostrum dan mengekstraknya   (No. Paten US 4,816,563).  Sebagai modulator, Transfer Factor berupaya mempertingkatkan kemampuan sistem imun melawan serangan musuh.
Keupayaan Transfer Factor dianggap oleh ramai pakar kesihatan sebagai penemuan yang paling menakjubkan dalam sejarah imunologi dan pecegahan penyakit. Untuk menilai manfaat besar yang Transfer Factor dapat berikan kepada anda dan keluarga anda, cuba tanya soalan berikut:


  1. Adakah anda selalu mendapat selsema dan sakit tekak?
  2. Adakah anda atau ahli keluarga anda sedang berhadapan dengan infeksi kronik?
  3. Adakah sesiapa dalam keluarga anda mempunyai kanser?
  4. Adakah anda ingin membuat keluarga anda berupaya melawan penyakit dengan sokongan imun canggih untuk seumur hidup?
  5. Adakah anda ingin memendekkan tempoh infeksi tanpa bergantung kepada antibiotik?
  6. Adakah anda mencari kemungkinan ada pemakanan tambahan yang begitu canggih dalam cara ia membantu melawan penyakit?

    Dipaparkan pendapat beberapa pakar kesihatan mengenai Transfer Factor TM:
    ROB.JPG (11362 bytes)"Tidak syak lagi Transfer Factor TM merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan sejak penemuan penisilin dalam tahun 1928 dan vaksin polio dalam tahun 1952. Ia merupakan langkah berikut dalam evolusi sains pemakanan. Kesan nutrien ini ke atas sistem imun tiada tolok bandingnya  "
    - Rob Robertson Jr., M.D. 
    Bekas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kecemasan, Hospital Western Baptist,                                      Paducah, K.Y., USA.
    victor.jpg (17680 bytes)"Transfer Factor merupakan satu pencapaian terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad yang lepas. Kami sedang mengkaji kesemua kemampuan Transfer Factor. Rawatan semulajadi atau rawatan alternatif seperti Transfer Factor merupakan gelombang masa hadapan."
    - Victor Tutelian, MD, PhD, MPH.

    Ketua Setiausaha Saintifk, Akademi Sains Perubatan Russia (RAMS); Pengarah,                                      Institut Pemakanan RAMS, Russia.
    bennett.jpg (2799 bytes)"Imuniti yang dibekalkan oleh Transfer Factor kekal lama dan boleh menolong mereka yang menderitai berbagai jenis penyakit atau mereka yang ingin kekal sihat sejahtera tanpa mengira peringkat umur."
    - Richerd Bennett, PhD.
    Pakar Imunologi dan Pakar Mikrobiologi Penyakit Berjangkit. Penasihat kepada FDA dan USDA.

    Kunci kepada kesihatan berkekalan adalah memperkasakan pertahanan sistem imun. Sebelum kita mengambil apa-apa langkah, kita perlu terlebih dahulu memberi perhatian kepada imuniti. Jadi, sebelum anda mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk mempertingkatkan kesihatan anda, mulakan dengan sokongan imun.



    dr_foo.jpg (11362 bytes)"Dalam 43 tahun pengalaman saya sebagai doktor perubatan, saya tidak pernah berjumpa dengan produk farmaseutikal atau nutraseutikal seperti Transfer Factor yang mampu  membantu orang ramai pulih dari penyakit atau mengekalkan kesihatan. Memandangkan kawan-kawan dan ahli keluarga saya mendapat manfaat dari penggunaan Transfer Factor, saya bertekad untuk berkongsi Transfer Factor dengan sesiapa sahaja dan di mana jua."
    - Dr. C.K. Foo, M.D. 
    Doktor Perubatan.


    Ujian Makmal Bebas
    Dalam bulan Februari 1999, Jurnal Pertubuhan Nutraseutikal Amerika menerbitkan hasil kajian ke atas 196 produk atau campuran produk asli, dipilih dari 400 produk yang telah diuji keupayaan masing-masing meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK). Di bawah adalah 12 produk teratas dalam senarai:
    comp_chart.gif (61978 bytes)
    A - NoniD - Formula PhytonutrienG - Cendawan ShiitakeJ - IP-6
    B - Aloe VeraE - Kolostrum LembuH - EchinaceaK - Transfer Factor Klasik
    C - Formula EndocrineF - Formula CordecepsI - Polysacharide TumbuhanL -  Transfer Factor Plus


    Adakah Transfer Factor Disokong oleh Data Saintifik
    Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian saintifik dijalankan ke atas Transfer Factor oleh beratus-ratus penyelidik dan saintis dari lebih 70 buah negara. Kajian-kajian tersebut dibentangkan di Simposium Antarabangsa Mengenai Transfer Factor yang telah berpuluh kali diadakan di serata dunia.


    Keselamatan Transfer Factor
    Transfer Factor mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang. Penyelidik memberi dos beratus kali ganda lebih dari dos yang disyorkan kepada sukarelawan. Dari pemerhatian yang dibuat, tidak terdapat sebarang kesan buruk atau kesan sampingan negatif.


    Pengesahan Perubatan
    pdr2001.gif (5653 bytes)Transfer Factor PlusTM dan Transfer Factor CardioTM tersenarai dalam Physicians' Desk Reference (PDR) 2003 for Nonprescription Drugs and Dietary Supplement! Buku ini menjadi rujukan kepada doktor di Amerika ketika menyediakan preskripsi kepada pesakit.Produk Transfer FactorTM, sebagai modulator sistem imun,  telah diluluskan pengunaanya di hospital dan klinik di seluruh Russia. Keputusan bagi sepuluh ujian klinikal berasingan dan dua eksperimen digabungkan dalam Dokumen Metodologikal. Dokumen tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Rusia, yang kini membenarkan para doktor menasihatkan pesakit mereka supaya mengambil produk Transfer FactorTM dan Transfer Factor PlusTM.


    Kuasai Kesihatan Anda
    Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyokong dan memperkuatkan sistem imun. Kepincangan sistem imun telah menjadi sesuatu yang sangat diambil berat. Penggunaan bahan seperti Transfer Factor boleh memberi sumbangan besar kepada kekuatan imun, yang kemudiannya menentukan kualiti kesihatan kita dan akhirnya kehidupan kita.


    Kesimpulan
    Transfer Factor akan menjadi penemuan yang paling menakjubkan dalam bidang imunologi sehingga kini. Ketika tirai Abad Ke-21 sedang terbuka, molekul halus ini (Transfer Factor) akan memegang kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti teknologi terkini dalam penjagaan kesihatan, Transfer FactorTM  sepatutnya berada di kedudukan teratas dalam senarai pemakanan tambahan  anda.